Ahad, 6 Mei 2012

pengenalan


SEJARAH HOMESTAY TELUK KETAPANG


Selamat Datang Ke Blog Homestay Teluk Ketapang.
Homestay Teluk Ketapang di tubuhkan secara rasminya pada Oktober 2007.
Seramai 40 peserta memohon untuk menjadi peserta homestay, tetapi hanya 31 sahaja yang berjaya lulus untuk mendapat Lesen Homestay.
Penubuhan Homestay ini adalah dari hasil buah fikiran ahli-ahli veteran Belia MAYC Teluk Ketapang yang pada ketika itu sedang memikirkan cara bagaimana untuk mempelbagaikan aktiviti di kampung dan juga bagaimana untuk mengubah taraf ekonomi penduduk kampung.
Setelah berbincang, mereka bersepakat untuk melawat ke Kampung Pelegong, Negeri Sembilan, untuk melihat dan mempelajari rahsia-rahsia untuk memajukan kampung. Kampung Pelegong atau Homestay Pelegong adalah merupakan tempat kami menimba ilmu dan juga mendapat tunjuk ajar khas dalam ilmu homestay.
Kini, 2012, setelah 4 tahun berjinak dalam industri homestay ini, Teluk Ketapang telah menjadi salah sebuah destinasi yang paling ramai dikunjungi samada oleh pelancong tempatan dan juga luar negara.