KEUNIKAN

Pantai Teluk Ketapang

PANTAI TELUK KETAPANG


Jarak ke sini dari homestay kami sejauh 500 meter mengambil masa kira-kira 2-3 minit. Disini menjadi tempat tumpuan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu kerana keindahan pantainya serta terdapat gerai-gerai yang menyajikan makanan yang berasaskan laut seperti ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung, kerepok lekor, air nyiur (kelapa) dan lain-lain lagi. Selain itu, pantai teluk ketapang menjadi pilihan ramai sebagai tempat intirehat, santai serta aktiviti pantai seperti menaiki kuda, memancing dan sebagainya.



TELUK KETAPANG dahulunya bukanlah suatu destinasi percutian yang mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan mahupun pengunjung luar. Cukup sekadar kampung nelayan di tepi pantai yang mempunyai pemandangan hening dan populasi yang hidupnya sederhana dari ekonomi dan sosial. 

Hening pagi di Pantai Teluk Ketapang

Teluk Ketapang bertuah kerana terletak dalam daerah Kuala Terengganu yang kini diiktiraf sebagai Bandaraya Kuala Terengganu, bandaraya warisan pesisir air. Tempias pembangunan dan pemodenan bandaraya turut mengenai kampung nelayan ini. Pelbagai pembaikan dan pembangunan difokuskan di kawasan ini kerana dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Lihat antaranya,

   Kompleks Sukan Kuala Terengganu

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Stadium Tertutup

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

dan


Pantai yang memberi seribu satu inspirasi kepada pengunjungnya











Terokai dan alami sendiri suasana kampung nelayan dan kehidupan masyarakat di Teluk Ketapang dengan menyertai HOMESTAY Teluk Ketapang yang sedia memberi anda seribu satu pengalaman pelancongan. Cubalah sekarang!!!