PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA YB.DATUK HAJI MOHD SHAFIE APDAL - MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH |
20HB.MEI.2012..Warga Kampung Teluk Ketapang begitu bertuah kerana dipilh oleh Menteri Kemajuan Luarbandar Dan Wilayah ,iaitu YB.Datuk Haji Mohd Shafie Apdal untuk bersarapan pagi bersama rakyat. YB.Datuk Haji Mohd Nasir Bin Ibrahim Fikri selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama YB.Tuan Haji Ahmad Razif Bin Abd.Rahman ,Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selaku Adun Seberang Takir serta Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung , Jawatankuasa Homestay Teluk Ketapang serta Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) telah menyambut kehadiran YB.datuk Seri. Ketibaan YB.Datuk Seri ,telah disambut dengan paluan Kompang dan diarak sirih junjung serta bunga manggar.Selain itu,Pancaragam Sekolah Men.Keb.Ibrahim Fikri telah mempersembahkan Pancaragam dengan beberapa lagu yang begitu menarik sekali.Pengurusan Homestay Teluk ketapang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB.datuk Seri kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi menaiktaraf lamab Budaya Homestay Teluk Ketapang. Ucapan beliau sebelum itu,telahpun mengetahui mengenai kedatangan Pelancong ke Homestay Teluk Ketapang dan juga program-program yang telah dilaksanakan oleh Homestay ini. Beliau berharap Homestay ini terus maju kedepan agar dapat memacu kejayaan yang lebih tinggi serta dapat memrealisasikan hasrat Kerajaan. YB.Datuk Seri telah disajikan dengan juadah Nasi Dagang serta Nasi Kunyit - Makanan Traditional dan popular Negeri Terengganu. D Ketapang Catering telah diamanahkan bagi menyediakan jamuan sarapan pagi. Warga Teluk Ketapang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB.datuk Seri diatas kunjungan hormat ini dan seterusnya kepada YB.Datuk Haji Mohd Nasir , YB.Haji Ahmad Razif serta YB. Ustaz Muhammad Ramli Noh dan Pihak KEMAS dan lain lain Badan NGO yang terlibat dalam menjayakan Program ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan